Monday, May 30, 2011

Interpretasi JUDAS oleh LADY GAGA

Lady Gaga mengumumkan single kedua dari album barunya berjudul JUDAS! Setelah kejayaan Born This Way mengungguli carta-carta dunia yang sarat dengan mesej kebebasan dalam menjadi diri sendiri yang dicondongkan kepada golongan homoseksual, Gaga sekali lagi tampil berani denganJUDAS! Lagu yang mengelirukan pendengar-pendengar terutama mereka yang beragama Islam!

official artwork for Judas

Jika sebelum ini karya-karya pelik Gaga sering ditafsir mengandungi mesej tersembunyi yang seakan-akan mengangkat kecintaannya kepada dunia gelap (syaitan), JUDAS tidak lagi disampaikan dengan tersembunyi malah bait-bait lirik lagu ini secara terang mengajak pendengar bersetuju dengan Gaga agar memberi belas kepada Judas (akan dijelaskan di bawah).

Lirik lagu JUDAS:

Ohohohoh
I'm in love with Judas

Ohohohoh

I'm in love with Judas

Judas! Judaas Judas! Judaas

Judas! Judaas Judas! GAGA

[Lady Gaga - Verse 1]


When he comes to me, I am ready

I’ll wash his feet with my hair if he needs
Forgive him when his tongue lies through his brain
Even after three times, he betrays me

I’ll bring him down, bring him down, down

A king with no crown, king with no crown

[Chorus]


I’m just a Holy Fool, oh baby he’s so cruel

But I’m still in love with Judas, baby
I’m just a Holy Fool, oh baby he’s so cruel
But I’m still in love with Judas, baby

Ohohohoh

I'm in love with Judas

Ohohohoh

I'm in love with Judas

Judas! Judaas Judas! Judaas

Judas! Judaas Judas! GAGA

[Lady Gaga - Verse 2]


I couldn’t love a man so purely

Even darkness forgave his crooked way
I’ve learned our love is like a brick
Build a house or sink a dead body

I’ll bring him down, bring him down, down

A king with no crown, king with no crown

[Chorus]

I’m just a Holy Fool, oh baby he’s so cruel

But I’m still in love with Judas, baby
I’m just a Holy Fool, oh baby he’s so cruel
But I’m still in love with Judas, baby

Ohohohoh

I'm in love with Judas

Ohohohoh

I'm in love with Judas

[Bridge]


In the most Biblical sense,

I am beyond repentance
Fame hooker, prostitute wench, vomits her mind
But in the cultural sense
I just speak in future tense
Judas kiss me if offenced,
Or wear an ear condom next time

I wanna love you,

But something’s pulling me away from you
Jesus is my virtue,
Judas is the demon I cling to
I cling to

[Chorus]


I’m just a Holy Fool, oh baby he’s so cruel

But I’m still in love with Judas, baby
I’m just a Holy Fool, oh baby he’s so cruel
But I’m still in love with Judas, baby

Ohohohoh

I'm in love with Judas

Ohohohoh

I'm in love with Judas

Judas! Judaas Judas! Judaas

Judas! Judaas Judas! GAGA

Sebelum memberi makna kepada mesej yang ingin disampaikan Gaga, kita kenali dahulu siapa JUDAS yang dimaksudkan oleh Gaga.
Mengikut kefahaman Kristian, Judas atau nama sebenarnya,Judas Iscariot (nama Yahudi) merupakan antara 12 ahli Hawari yang merupakan pengikut kepada ajaran Tuhan mereka, Jesus (atau Nabi Isa di kalangan umat Islam) yang berpaksi kepada Kitab Injil.

Nama Judas diletakkan di atas simbol Yahudi

Disebabkan sifat tamak yang kuat dalam diri, Judas menjadipembelot dengan membongkar ajaran yang diperkenalkan Jesus (sebenarnya menunjukkan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa). Judas tampil bersama-sama tentera Rom dan menangkap Jesus dan menyerahkan beliau kepada Imam-Imam Yahudi dengan pertukaran sebanyak 30 keping perak.

Jesus disalib dan bermulalah era agama Kristian dan pertelagahan dengan bangsa Yahudi. Judas digelar pengkhianat Jesus dan menerusi Kitab Bible, Judas dikatakan mati dalam keadaan perut yang terbelah dan isi perutnya terkeluar. Tapi, menjadi persoalan apabila pelbagai pendapat mengatakan Judas mati dengan cara berbeza, ada yang mengatakan Judas mati menggantung diri, ada kepercayaan menceritakan pengkhianat ini direjam dengan batu oleh 11 ahli Hawari yang lain selepas mendapat tahu pembelotan yang dilakukan Judas.

Itu pandangan dari sudut agama lain. Berdasarkan kisah yang disampaikan Al-Quran yang menjadi pegangan umat Islam, memang benar Judas merupakan 12 ahli Hawari yang menjadi pengikut setia kepada Nabi Isa a.s. walaupun Ahli Dewan Syanhadrin (ahli dewan agama Yahudi) menyatakan Isa menyampaikan ajaran sesat.

Setelah Allah memperkenankan doa Nabi Isa bagi menguatkan ketakwaan mereka terhadap Allah, turunlah Hidangan Dari Langit atas kehendak-Nya. Namun Allah telah memberi peringatan kepada mereka semua agar tidak berpaling kepercayaan setelah menerima hidangan tersebut atau mereka akan menerima balasan setimpal dari Allah.

GAMBAR HIASAN: Judas (paling kanan) di majlis Santapan Terakhir

Judas menjadi satu-satunya ahli Hawari yang melanggar janji Allah. Judas atau nama lainnya, Yahuda Iskhanutimenyampaikan berita tersebut kepada pemerintah Rom memberitahu bahawa Nabi Isa mampu menggulingkan kerajaan Rom dengan ajaran baru yang dibawa.

Judas ditawar 30 keping perak oleh Imam-Imam Yahudi dengan syarat membongkar tempat persembunyian Nabi Isa dan ahli Hawari yang lain. Pada malam peristiwa Santapan Terakhir, Nabi Isa dan 11 ahlinya yang lain menerima kunjungan Judas dan bala tentera Rom. Judas masuk seorang diri ke dalam taman bagi bertemu Nabi Isa dan membisikkan sesuatu kepada Baginda (diriwayatkan dalam bisikan itu Yudas mengatakan kepada Nabi Isa dengan perkataan "Salam sejahtera wahai Rasullullah"dalam bahasa Ibrani / atau lebih dikenali sebagai 'The Judas Kiss' di kalangan penganut Kristian)

GAMBAR HIASAN: 'The Judas Kiss'

Allah Maha Mengetahui helah Judas memerangkap Nabi Isa, maka Allah telah menukarkan wajah Judas menjadi wajah Nabi Isa sementara Baginda diangkat ke langit (satu-satunya nabi yang masih hidup hingga kini).

Apabila Judas keluar bertemu tentera-tentera Rom, dia ditangkap dan berkeras menyatakan dia bukan Nabi Isa, namun kenyataannya tidak diendahkan dan dibawa ke muka pengadilan Imam-Imam Yahudi dan akhirnya majlis memutuskan agar Judas yang kini berwajah seperti Nabi Isa disalib.

Ayat Al-Quran yang membuktikan Nabi Isa tidak disalib:

"dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa". (An Nisaa' : 157)

Interpretasi 'JUDAS' Lady Gaga:

Dalam lagu Gaga menyatakan rasa cintanya kepada Judas (yang dikatakan metafora kepada lelaki yang pernah dicintainya!), walaupun Judas mengkhianati dirinya, menipu dan memutar belit, Gaga mengumumkan kasih kepada Judas-nya tidak berpenghujung.

Meskipun Gaga memberitahu Judas hanya sebagai metafora, namun kita tahu mesej itu memang sengaja disampaikan secara jelas bagi meracuni fikiran manusia terutama umat Islam dan Kristian sendiri agar memberi 'kemaafan' kepada Judas (bangsa Yahudi) yang pernah mengkhinati Nabi Isa / Jesus.

Ia mungkin sekadar lagu, hiburan semata-mata dengan tempo muzik yang mampu membuatkan kita turut menyanyi bersama mengikuti lirik yang di atas. Tapi kita tahu lagu ini merupakan antara propaganda Yahudi menyesatkan manusia agar melupakan agama masing-masing, bergerak bebas seperti bait lirik ini:

I wanna love you,
But something’s pulling me away from you
Jesus is my virtue,
Judas is the demon I cling to
I cling to

Gaga memberitahu pendengar bahawa dia mahu menyanjungi Judas (medium Yahudi) namun agama menjadi penghalang dirinya (Jesus). Lantas dengan bangga dia mengumumkan Judas merupakan sisi jahat (syaitan) yang diperlukan dirinya bagi bergantung hidup (Populariti Gaga dijaga dan sebagai balasan, Gaga perlu menghambakan diri kepada Syaitan)!
Perhatikan bait lirik ini pula:

I’m just a Holy Fool, oh baby he’s so cruel
But I’m still in love with Judas, baby

Holy Fool di sini mungkin boleh membawa pelbagai maksud namun jika dikaitkan dengan mesej yang cuba disampaikan Gaga, ia jelas memberitahu Gaga berasa dirinya diperbodohkan agama, di mana agama tidak lagi memberi kegembiraan hakiki kepada dirinya (agenda Yahudi agar manusia melupakan agama dan mencintai duniawi sementara bangsa mereka memerintah dunia)!

Bukan tujuan aku menghalang minat segelintir pihak terhadap Lady Gaga. Aku sendiri juga menggemari muzik penyanyi ini, namun adakalanya kita perlu berhati-hati dengan mesej-mesej tersembunyi yang cuba disampaikan. Tidak salah mendengar tetapi jangan sampai terpesong akidah hingga menyebabkan diri tidak lagi berpaksi kepada agama yang dipegang.

Harus diingat, artikel ini hanya merupakan pandangan dan penilaian daripada aku sebagai pendengar sahaja, mungkin ada kesalahan fakta atau tafsiran tapi semua orang mempunyai pandangan tersendiri. Jika anda rasa JUDAS hanya sekadar lagu buat hiburan tidak mengapa namun jangan sampai mempercayai mesej-mesej yang disampaikan lagu ini.
Aku yakin lagu ini mampu menjuarai carta-carta dunia dan muzik videonya juga bakal mencetuskan kontroversi! Kita nantikan sahaja jika tidak percaya.

Komen terakhir, JUDAS merupakan kembar kepada BAD ROMANCE namun mesej yang disampaikan lebih terang dan ia lebih berpotensi menyesatkan manusia...


:p
Lad