Thursday, March 10, 2011

Filem 2011– Hikayat Merong Mahawangsa a.k.a The Malay Chronicles


Semalam baca paper ada satu artikel tentang promosi filem terbaru KRU studios,Hikayat Merong Mahawangsa.. Filem ni berjaya mendapat tempahan beberapa negara luar dan juga dikenali sebagai The Malay Chronicles: Bloodlines. Gile gempak kan?

Tengok intro macam best jugak, total cost pengambaran pun telan RM8 juta. Harap KRU studios lebih produktif dan berani keluarkan filem2 berkualiti tinggi dengan bajet bersesuaian. Kalau boleh jadi macam taikun filem Phang Brothers kat hong kong tu.

Dari trailer yang gua tengok, grafik dia kali ni memang sempoi gile. Gua tabik la sama KRU. Rasanya CGI filem ni jauh lebih baik daripada Cicakman yang agak ntah-ape-ape tu. Tapi nak puji lebey lebey pon tara bole maa, kena tonton dulu filem ni. Ianya baru sahaja keluar di pawagam.....Mai pakat tengok

Sedikit sinopsis tentang Hikayat Merong Mahawangsa/ The Malay Chronicles: Bloodlines ;

Merong Mahawangsa adalah keturunan Alexander the Great, seorang nakhoda tentera laut terkenal dan pengembara yang datang ke Asia beberapa ratus tahun yang lalu. Empayar Rom pada masa pemerintahan Hadrianus dan China, Dinasti Han berada pada zaman kegemilangan pemerintahan dan kedua empayar ini bersatu melalui perkahwinan putera Rom dengan putri China dari Dinasti Han.

Mereka akan dikahwini di titik tengah antara timur dan barat, neutral ground (gua syak di tanah melayu). Merong Mahawangsa ditugaskan untuk mengawal putera Rom dalam perjalanan mereka ke Asia Tenggara.

The pirate nation of Geruda (lanun geruda? ini lanun mana ni?) telah menculik puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan (nyumnyum!). Dalam perjalanan ke Selat Melaka, Armada Merong Mahawangsa telah diserang tentera Geruda semasa berhenti di pulau kecil untuk mengisi bekalan.

Mampukah Merong Mahawangsa menyelamatkan puteri dan menyatukan dua tamadun besar dari timur dan barat? Pi tengok wayang :)

Hikayat Merong Mahawangsa 1Hikayat Merong Mahawangsa 2Hikayat Merong Mahawangsa 3Hikayat Merong Mahawangsa 4

Harap harap KRU buat pelaburan yang betul la, sebab rekod rekod lepas menunjukkan filem epic negara kita selalu je gagal. Tapi tengok yang ni macam ada peluang nak meletup. Hehe.

Cuba tengok sendiri Trailer The Malay Chronicles : Bloodlines

Apa macam? Ada ok tak ini trailer? :P Serius gua tak sabar nak tengok.


No comments:

Post a Comment