Teknologi visual dan hiburan terus berkembang maju bagi memberikan kepuasan maksimum kepada penonton. Paparan dalam bentuk 3 dimensi dilihat mempunyai potensi untuk menarik minat pembeli. Justeru itu, Jepun sebagai negara robotik dan teknologi memberikan penekanan khusus dalam membuat kajian berkenaan teknologi yang satu ini.
Pada masa akan datang, penonton mungkin dapat menyentuh (rasa), mencubit atau mencolek imej pada skrin tv masing-masing. Itulah yang dikatakan oleh Norio Nakamura seorang saintis daripada "National Institute of Advanced Industrial Science and Technology".
Teknologi ini akan mengubah bentuk 3 dimensi menjadi sentuhan apabila kamera sentiasa mengawasi pergerakan tangan dan jari penggunanya. Ia dijangka akan memberikan pengalaman baru dalam peralatan visual. Namun begitu, penyelidikan masih dijalankan dan belum diketahui bila teknologi ini akan berada dipasaran.
Imej 3 dimensi tanpa kacamata 3D
Dalam perkembangan yang lain, Toshiba pula telah dilaporkan akan memperkenalkan televisyen 3D pertamanya dalam tahun ini. Melalui inovasi ini, pengguna tidak perlu lagi memakai kacamata khas untuk melihat efek 3 dimensi melalui siaran yang ditonton.
Syarikat ini telah mengembangkan metode penyinaran dari pelbagai sudut untuk menciptakan efek stereoskopik. Ia dianggarkan berharga beberapa ribu dollar.
No comments:
Post a Comment