Saturday, October 16, 2010

Eksperimen pihak tentera dari zaman dahulu.

Keupayaan untuk melihat didalam gelap
night vision

Pihak tentera laut Amerika pernah cuba untuk mempertingkatkan keupayaan tenteranya untuk melihat dalam suasana gelap. Eksperimen untuk melihat gelombang infra merah ini dilakukan semasa Perang Dunia Kedua.

Ia dilakukan keatas sukarelawan dengan memberikannya "supplement" yang dibuat daripada hati seekor ikan. Dalam masa beberapa bulan, penglihatan infra merah sularelawan ini menjadi semakin tajam. Ikan tersebut dikatakan mempunyai kadar Vitamin A yang tinggi.

Namun begitu, eksperiment tersebut diabaikan kerana terhasilnya skop elektronik yang dapat mengesan sinar infra merah. Selain Amerika, Jepun juga menggunakan vitamin A untuk meningkatkan penglihatan waktu malam tenteranya
.

Kesan Plutonium keatas manusia

Amerika juga ingin mengetahui kesan Plutonium keatas manusia dan berlumba-lumba untuk menghasilkan bom nuklear semasa Perang Dunia Kedua. Eksperimen dilakukan pada 10 April 1945.

Eksperimen ini dilakukan dengan menyuntik bahan Plutonium tersebut keatas mangsa kemalangan di Oak Ridge, Tenn.

Kajian tersebut juga dilakukan untuk mengetahui kesan radiasi dengan dos yang berlainan dan membuat percubaan untuk mengubati kanser.

Menunggang roket

Sebelum manusia dapat terbang ke angkasa, peluncur roket perlu dilancarkan terlebih dahulu. Pihak NASA telah mencipta peluncur yang dapat mencapai kelajuan lebih daripada 400 mph sebelum ia berhenti dan bergerak pada kelajuan biasa.

Eksperimen terdahulu menjadikan Chimpanzi sebagai mangsa. Kesemuanya mengalami kerosakan otak. Bermula pada tahun 1954, Kolonel John Stapp daripada Tentera Udara Amerika menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada ujikaji tersebut.

Eksperimen tersebut menjadikan beliau mengalami gegaran otak, tulang rusuk patah, pergelangan tangan retak dan pembuluh darah pada bahagian mata turut pecah.

Perang menggunakan dadah

Dadah seperti Marijuana dan LSD bukan hanya mempunyai nilai di pasaran gelap sahaja. Penyelidik berharap ianya dapat dijadikan senjata kimia yang dapat melumpuhkan tentera lawan. Dadah seperti itu pernah dijadikan senjata yang menjadikan mangsanya berhalunisasi atau tidur sepanjang hari.

Senjata kimia

Ancaman menggunakan bahan kimia dan senjata biologi memaksa pihak pertahanan Amerika memulakan "Projek 112/SHAD" daripada tahun 1963 sehingga awal tahun 1970. Antara langkah yang diambil ialah dengan menyembur kapal dan tentera lautnya dengan ejen saraf seperti Sarin dan VX untuk menguji kelemahan bahan tersebut tanpa memikirkan risikonya.

Penglihatan Psikik

Para saintis mungkin tidak menghiraukan sangat mengenai psikik. Tetapi pihak Pentagon telah membelanjakan sebanyak $20 juta untuk ujian ESP ( Extrasensory Power) seperti penglihatan jarak jauh daripada tahun 1972 sehingga tahun 1996.

Eksperimen ini dijangkakan dapat membolehkan mereka melihat keadaan geografi, kemudahan nuklear dan kubu pihak musuh dalam masa nyata.
Pahlawan yang dapat bertahan 24 jam 7 hari seminggu tanpa tidur

Tidur merupakan musuh tentera yang paling dibenci. Tetapi pihak tentera telah mencuba pelbagai cara untuk mengatasinya. Mereka menggunakan pelbagai jenis ubat-ubatan dan dadah supaya tenteranya dapat berjaga tanpa kesan sampingan terhadap kesihatan.

Antara jenis dadah yang pernah digunakan ialah amphetamines dan terbaru, modafinil atau lebih dikenali dengan jenama Provigil yang mampu membuatkan tentera berjaga selama 40 jam. Pihak Pertahanan Amerika masih lagi menjalankan eksperimen anti tidurnya tanpa pengambilan ubat-ubatan. Satu daripadanya menggunakan stimulasi magnetik yang akan menyentak otak menggunakan elektromagnetik.

Tentera yang mempunyai pertahanan dalaman

Pihak pertahan Amerika juga cuba sedaya upaya untuk menghasilkan tentera yang mempunyai keupayaan luar biasa. Ia mungkin keupayaan yang terdapat pada haiwan contohnya singa laut yang mampu mengalirkan darah keluar daripada laluannya ke organ kritikal sewaktu menyelam di laut dalam untuk mengurang kebergantungan pada Oksigen.

Pada pembentangan 2007, matlamatnya ialah untuk melahirkan tentera yang tidak dapat dibunuh dalam apa jua keadaan seperti serangan penyakit, senjata biologi dan radioaktif, perubahan suhu melampau.

Kedengaran seperti mutant dalam filem X Men.

No comments:

Post a Comment